Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gong Chengal ini berasal daripada nama sebuah pohon Chengal yang kedudukan di atas tebing separuh gong. Perkataan Gong bermaksud tempat tinggi tetapi ia lebih kepada kawasan lebih tinggi sedikit daripada tempat lain dalam lingkungan kecil kerana sebahagian daripada kampung itu ‘tidak terlepas’ daripada bencana banjir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Pusat Internet Kg Gong Chengal telah bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi mengadakan program bersama komuniti Kg Gong Chengal di Pusat Internet Kg Gong Chengal. Pelbagai aktiviti dan permainan diadakan....baca selanjutnya

KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH HARI WARGA EMAS

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan disamping memperingati mereka yang memerlukan....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PDK KEMASIK

Aktiviti Terkini | 24 September 2018

Kluster Kemaman telah bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi mengadakan program pembelajaran di Pusat Internet Kg Gong Chengal....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PEJABAT PERTANIAN DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2018

Program ini menerangkan cara penggunaan komputer dan internet dengan betul. Program ini disertai seramai 20 orang ahli pejabat pertanian....baca selanjutnya

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PEJABAT PERTANIAN DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2018

Pusat Internet Gong Chengal bekerjasama dengan Pejabat Pertanian Daerah Kemaman mengadakan program cara penggunaan komputer dan internet dengan betul....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN DUNGUN

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2018

Pusat Internet Gong Chengal bekerjasama dengan Pusat Internet Sungai Udang, Cendering dan Kemasik mengadakan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Dungun. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI1m, menjawab soalan klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Kluster Kemaman telah mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di Pusat Internet Kg Gong Chengal. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI, menjawab soalan kahoot klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Pusat Internet Kg Gong Chengal telah mengadakan majlis jamuan sambutan hari raya. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI1m,menjawab soalan kahoot klik dengan bijak,pengenalan kepada mobile ewaste,cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya

PROGRAM PENGAGIHAN SIMKAD MYAGRO

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2018

Pusat Internet Kg Gong Chengal telah bekerjasama dengan pihak pusat nelayan Kemasik untuk program pengagihan simkad MyAgro kepada nelayan Kemasik dan Kerteh yang berpusat di Pantai Kuala Kerteh....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MURID-MURID TABIKA KAMPUNG BARU 1 , 2 DAN 3

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, PI1M Gong Chengal dan PI1M Geliga telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 58 orang murid Tabika Kemas dan 6 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, tayangan video, dan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT KAWALAN KEMAMAN BERSAMA KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 25 April 2018

Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan pengunjung Perpustakaan Awam Daerah Kemaman & pelajar Pendidikan Khas 4U2C Daerah Kemaman serta menarik minat mereka untuk menyertai aktiviti PI1M sekali gus mempromosi aktiviti PI1M dan menambahkan jumlah penyertaan ahli PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM PENUTUP SATU JPJ SATU KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 24 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya lesen kepada penduduk kampung.walaupun hanya membawa kenderaan didalam kampung.dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti....baca selanjutnya

EKSPO PEMBANGUNAN KEMAMAN 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 21 April 2018

Ekspo Pembangunan Kemaman 2018 yang berlangsung selama tiga hari memberi banyak manfaat kepada rakyat daerah Kemaman dan pengunjung yang hadir merangkumi pelbagai perkara termasuk aktiviti dan kisah kejayaan serta pembangunan negeri yang dipamerkan di karnival tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah diadakan bersama pelajar autisme. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste telah diadakan bersama pelajar SMK Cherul anjuran Kluster Kemaman pada 27 Mac 2018....baca selanjutnya

PROGRAM SOAL SELIDIK PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PI1M & INKLUSI DIGITAL DIKALANGAN KOMUNITI TERPINGGIR

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2018

Program bagi mengumpul maklumat daripada 60 orang penduduk kampung dari lingkungan usia 12 tahun hingga 60 tahun ke atas serta temubual bersama Pengurus dan Penolong Pengurus serta Wakil JKKK....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018

Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya

PROGRAM PERKHIDMATAN MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 07 Februari 2018

Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah bekerjasama dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengadakan program perkhidmatan mobile team KWSP di PI1M Kg Gong Chengal....baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA BUKU DAN CELIK IT

Aktiviti Terkini | 06 Februari 2018

Program Jom Baca Buku & Celik IT telah diadakan di INSPI Kemaman anjuran Majlis Perwakilan Pelajar INSPI (MPPI).Program ini turut dihadiri oleh Pustaka Awam Daerah Kemaman, Mohd Copier Serv & Trading Sdn Bhd (MCSB), Aman Palestin...baca selanjutnya

MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti