Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gong Chengal ini berasal daripada nama sebuah pohon Chengal yang kedudukan di atas tebing separuh gong. Perkataan Gong bermaksud tempat tinggi tetapi ia lebih kepada kawasan lebih tinggi sedikit daripada tempat lain dalam lingkungan kecil kerana sebahagian daripada kampung itu ‘tidak terlepas’ daripada bencana banjir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KLUSTER DISEMBER: PROGRAM CYBERRUN EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Pengisian aktiviti cuti sekolah untuk kanak-kanak sekitar pedi kg baru kemasik ...baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 26 November 2023

Taklimat S.A.F.E...baca selanjutnya

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KOORDINASI NEGERI MCMC KE PEDI KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 22 November 2023

Lawatan ke PEDi merupakan salah satu perkara yang dilaksanakan dalam agenda lawatan kerja MCMC bersempena dengan persediaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dalam memastikan liputan telekomunikasi dalam keadaan baik...baca selanjutnya

CELIK IT DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2023

Memberi pendedahan penggunan Microsoft Word kepada pelajar IKBN...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL PEDI GONG CHENGAL

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2023

Program ini bertujuan untuk mempromosikan PEDi Kg Gong Chengal yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penduduk kampung mendapatkan maklumat-maklumat terkini disamping memperluaskan pengetahuan dalam penguasaan internet untuk kegunaan seharian mereka...baca selanjutnya

KARNIVAL CAKNA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 September 2023

Memperkenalkan PEDi di kalangan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2023

Program ini diadakan di PEDi Kg. Geliga pada 26 Ogos 2023 tepat jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang...baca selanjutnya

KEMPEN KITAR SEMULA BERSAMA KOMUNITI TAMAN BANDAR BARU KIJAL

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2023

Memperkenalkan perkhidmatan dan kursus yang terdapat di PEDi....baca selanjutnya

PERTANDINGAN GUBAHAN SAYURAN (KLUSTER KEMAMAN)

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023

Perkenalan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI BERSAMA KOMUNITI (KLUSTER KEMAMAN)

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Perkenalan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MUHIBAH JPKK 2023

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Taklimat Klik dengan Bijak serta Kuiz...baca selanjutnya

PEDi CYBERTALK @ SCHOOL

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Perkenalan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN : HARI BERSAMA USAHAWAN (TAKLIMAT MENGENAI QR CODE/PAY)

Aktiviti Terkini | 30 April 2023

Seminar Hari Bersama Usahawan...baca selanjutnya

PEDi CYBERTALK @ SCHOOL

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023

Perkenalan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL : KELAS MEROTI HANDS ON

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Seminar Pendigitalan Usahawan...baca selanjutnya

SEMINAR PENDIGITALAN USAHAWAN 2023

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2023

Seminar Pendigitalan Usahawan...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL JUALAN AMAL PRELOVED 2023

Aktiviti Terkini | 13-14 Januari 2023

Pertandingan Reka Cipta...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti