Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gong Chengal ini berasal daripada nama sebuah pohon Chengal yang kedudukan di atas tebing separuh gong. Perkataan Gong bermaksud tempat tinggi tetapi ia lebih kepada kawasan lebih tinggi sedikit daripada tempat lain dalam lingkungan kecil kerana sebahagian daripada kampung itu ‘tidak terlepas’ daripada bencana banjir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017

Pertandingan ini adalah untuk mengisi masa terluang pelajar sempena cuti sekolah akhir tahun dan mengeratkan silaturrahim antara peserta dan pengurusan PI1M....baca selanjutnya

KELAS MASAKAN BERSAMA CHEF HANIELIZA

Aktiviti Terkini | 06 November 2017

Dengan adanya Kelas Masakan ini, para surirumah dapat belajar tentang resepi baru dan teknik masakan yang betul....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017

Pihak Pusat Internet telah membuka booth untuk memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada orang ramai serta pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir. Haji Rosli Bin Othman selaku ADUN Kemasik....baca selanjutnya

PROGRAM FROG VLE DAN ADVOKASI BERSAMA PELAJAR SMK BADRUL ALAM SHAH

Aktiviti Terkini | 20 - 21 September 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah telah mengadakan program Frog VLE serta program advokasi untuk pelajar seramai 120 orang sepanjang 2 hari program ini berlangsung...baca selanjutnya

SUKAN WANITA

Aktiviti Terkini | 17 September 2017

Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama pihak JKKK Gong Chengal telah mengadakan Sukan Untuk Wanita untuk wanita-wanita penduduk kampung serta pengunjung Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal....baca selanjutnya

ADVOKASI DI TERENGGANU ADVANCE TECHNICAL INSTITUTE UNIVERSITY COLLEGE

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Pusat Internet 1Malaysia Daerah Kemaman telah mengadakan Program Advokasi di TATIUC, Kijal untuk pelajar-pelajar institusi berkenaan...baca selanjutnya

KEM CAKNA MATA KITA

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2017

Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama Pro Eye Care Optometry telah mengadakan program jom periksa mata secara percuma bersama komuniti kampung....baca selanjutnya

MAJLIS HARI RAYA DAN BERAMAH MESRA BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 30 Jul 2017

Pihak JKKK dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah mengadakan majlis hari raya dan beramah mesra bersama komuniti kampung....baca selanjutnya

PROGRAM BELON KREATIF

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembangkan daya kreativiti serta dalam masa yang sama dapat bersaing secara sihat dengan rakan-rakan yang lain. Mereka dikehendaki menghias belon mengikut daya kreativiti masing-masing. ...baca selanjutnya

PROGRAM FROG VLE DAN ADVOKASI BERSAMA PELAJAR SMK BADRUL ALAM SHAH

Aktiviti Terkini | 18 - 21 Jun 2017

Pada 18, 19, 20 dan 21 Jun 2017 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah telah mengadakan program Frog VLE serta program advokasi untuk pelajar seramai 320 orang sepanjang 3 hari program ini berlangsung. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang pusat internet serta dalam masa yang sama menjadikan pusat internet tempat untuk belajar selain di sekolah. Program ini adalah inisiatif cikgu untuk mempelbagaikan tempat pembelajaran serta menggunakan kemudahan yang digunakan di pusat internet ini....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M GONG CHENGAL

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2017

Pada 5 Mei 2017 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama pihak Digi Telecomunications Sdn Bhd telah mengadakan program Hari Bersama Komuniti yang bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal ini sendiri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim Antara para penduduk sekitar serta pihak pengurusan PI1M disamping dapat mempromosikan fungsi PI1M....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

PROGRAM ONLINE COLOURING BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

PI1M Kg Gong Chengal telah bekerjasama dengan Pi1M Kemasik mengadakan program online coloring bersama pelajar tabika kemas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada adik-adik tentang cara penggunaan komputer serta internet....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017

Pada 26 Feb 2017 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong chengal telah berkerjasama dengan Pi1M Kg Baharu mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama Tabika Kemas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan kepada adik-adik tentang cara penggunaan internet dan kami selitkan tentang mengenali kompenen komputer. Majlis ini dimeriahkan bersama guru tabika dan pembantu yang terlibat, majlis berjalan lancar dengan kerjasama staff Pi1M kemaman....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA LEGO

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2017

Pada 03 Feb 2017 Pusat Internet 1Malaysia Kg gong chengal telah mengadakan pertandingan mencipta Lego. Pelbagai bentuk yang dapat direka oleh peserta. Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk terus datang ke Pi1M. Pihak Pi1M juga dapat mengunakan sebaik mungkin kelebihan yang diberikan oleh pihak MCMC kepada Pi1M gong chengal. Program ini berakhir dengan jaya dengan jumlah perserta yang menggalakkan....baca selanjutnya

PROGAM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Program ini adalah kerjasama antara pihak Mary Kay dan PI1M Kg Gong Chengal menjemput wanita kampung gong chengal bertujuan mengadakan kelas penjagaan kulit dan kecantikkan diri,program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat disamping memberi memberi keyakinan kepada wanita untuk tampil cantik dan yakin dihadapan kalayak ramai....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti