PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 , 2 DAN 3
Aktiviti terkini | 29 April 2018Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Kemasik
Tujuan :
• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah.
• Mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet di kalangan generasi masa kini.
• Mendidik pelajar mengenai etika dan ciri ciri keselamatan ketika melayari internet pada masa akan datang.
• Melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT).
Kelebihan Aktiviti:
• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah/Taman Bimbingan Kanak-Kanak(TaBiKa).
• Pendedahan awal kanak-kanak tabika mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Menyemai minat awal kanak-kanak terhadap bidang Teknologi Maklumat.
• Menerapkan nilai-nilai positif dan etika penggunaan Internet, Telefon Pintar dan gajet-gajet yang digunakan oleh kanak-kanak.