PROGRAM ADVOKASI PASCA PT3 @SMK SULTAN ISMAIL & PASCA UPSR @SK KEMASEK

9 & 16 November 2016 Rabu | Aktiviti Terkini

Objektif :

• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah.
• Mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet di kalangan generasi masa kini.
• Mendidik pelajar mengenai etika dan ciri ciri keselamatan ketika melayari internet pada masa akan datang.
• Melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT) dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Pada 16 November 2016 , Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Gong Chengal dengan kerjasama PI1M Binjai, PI1M Bukit Anak Dara, PI1M Felda Kerteh 5, PI1M Bukit Kuang, PI1M Kg Bharu, dan PI1M Padang Kubu telah mengadakan Program Advokasi Pasca UPSR di SK Kemasek. Program ini telah diadakan di Dewan Terbuka, SK Kemasek. Seramai 68 orang pelajar Darjah 6 dan 5 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB dan Games KDB.

Perlaksanaan aktiviti utama :

• Sesi Ice Breaking
• Pengenalan PI1M
• Taklimat KDB
• Taklimat E-Waste & Check Your Label
• Klik Dengan Bijak Funniest Action / KDB Word Seach
• Sesi pembahagian hadiah & cenderahati kepada guru bertugas
• Sesi bergambar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kemasek:



Kembali Ke Halaman Utama