Bersama PDK dan Taska Little Genius Muslim

Selasa | 24 Mei 2016

Pada 24 Mei 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah bekerjasama dengan Pihak PDK dan Taska Little Genius Muslim untuk mengadakan aktiviti bersama untuk memberi pendedahan kepada pelajar taska mengenai pelajar PDK. Pelajar taska dipecahkan secara berkumpulan serta disertai oleh seorang pelajar PDK bagi setiap kumpulan. Aktiviti yang dilakukan dipantau oleh guru-guru dari PDK serta guru-guru dari Taska Little Genius itu sendiri.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar PDK serta murid Taska Little Genius Muslim untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta masyarakat sekeliling.


Jumlah Yang Hadir : 80 Orang
Masa : 10.30 Pagi ~ 1.00 Tengahari

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:



















Kembali ke halaman utama