Klik Dengan Bijak

Sabtu | 26 Mac 2016

Pada 26 Mac 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah mengadakan aktiviti Klik Dengan Bijak. Kempen kesedaran awam keselamatan Internet yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab pengguna. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan teka silang kata dan pertandingan bergambar secara kreatif menggunakan props yang disediakan.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai PI1M serta meningkatkan kesedaran mereka terhadap panduan keselamatan melayari internet dengan selamat serta bijak.


Jumlah yang hadir: 30 orang ++
Masa: 3.00 petang ~ 5.00 petang

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:



kembali ke halaman utama