Hari Komuniti Pintar Kemaman

Jumaat - Ahad | 22 - 24 Julai 2016

Hari Komuniti Pintar Kemaman merupakan inisiatif daripada pihak MCMC yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat. Program ini di rasmikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan disaksikan oleh Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan dihadiri oleh seluruh warga Kemaman. Program ini diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Pihak PI1M dijemput untuk membuat promosi berkenaan Pusat Internet sebagai usaha untuk memperkenalkan lagi fungsi dan matlamat Pusat Internet kepada orang ramai kerana Pusat Internet 1Malaysia juga merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan dalam Komuniti Pintar Kemaman. Antara aktiviti yang dijalankan di booth kami adalah pertandingan boling, dam ular, teka silang kata Klik Dengan Bijak, promosi pendaftaran ahli serta hebahan dan pameran mengenai aktiviti di Pusat Internet 1Malaysia.

Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat.


Jumlah Yang Hadir : 1000 Orang++
Masa : 8.00 Pagi ~ 7.00 Petang

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:

























Kembali ke halaman utama