Mini Carnival Annyeonghaseyo

Jumaat | 15 Ogos 2015

Pada 15 Ogos 2015 Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah menganjurkan program Mini Carnival Annyeonghaseyo bersama sukarelawan International ICT Volunteer dari Korea serta penduduk setempat dan pelajar sekolah rendah dan menengah berhampiran. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kebudayaan Korea serta pertukaran kebudayaan dengan penduduk setempat.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato Seri Halim Shafie, serta Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, dan CEO Digi, Mr. Eugene Teh.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana programnya yang sangat menarik minat pelajar serta membabitkan interaksi antara dua hala antara pelajar dan tenaga pengajar.


Jumlah yang hadir: 200 orang ++
Masa: 9.00 pagi ~ 5.00 petang

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan melukis kipas tangan, pertandingan origami,pertandingan membuat video serta pertandingan berbahasa Korea.

Sukarelawan juga berkongsi cara memasak bulgogi dan kimchi serta berkongsi permainan tradisional Korea iaitu Yutnori dan Ddakji.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan medium internet sebagai salah satu medium untuk belajar secara lebih interaktif. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pengguna Pi1M Kg Gong Chengal.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:



kembali ke halaman utama