Program E-Learning Bersama Pelajar
Ahad | 09 Ogos 2015Pada 9 Ogos 2015 Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah menganjurkan program e-learning bersama pelajar tadika KEMAS pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kemasik. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan internet untuk belajar dengan cara yang lebih interaktif, disamping dapat memperkenalkan PI1M Gong Chengal kepada mereka dan cikgu-cikgu mereka.
Antara laman web yang diperkenalkan adalah LetzHop dan Sesame Street. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana programnya yang sangat menarik minat pelajar serta membabitkan interaksi antara dua hala antara pelajar dan tenaga pengajar.
Jumlah yang hadir: 50 orang ++
Masa: 9.00 pagi ~ 5.00 petang
Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:
Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan medium internet sebagai salah satu medium untuk belajar secara lebih interaktif. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pengguna Pi1M Kg Gong Chengal.
kembali ke halaman utama